Mazmur Daud.
1TUHAN ialah gembalaku,
aku tidak akan kekurangan
apa-apa pun.
2Dia membuat aku berbaring
di padang rumput yang hijau,
Dia membimbingku ke tepian air
tenang,
3Dia memulihkan jiwaku.
Dia membimbingku ke jalan benar
demi nama-Nya.
4Ya, meski aku melangkah di lembah
bayangan maut,
aku tidak akan takut kepada
kejahatan,
kerana Engkau ada bersamaku;
gada dan tongkat-Mu menetapkan
hatiku.
5Engkau menyediakan hidangan
untukku di hadapan musuhku.
Engkau mengurapi kepalaku;
cawanku melimpah.
6Tentulah kebaikan dan kasih
akan mengiringiku seumur hidupku,
dan aku akan tinggal
di dalam rumah TUHAN
selama-lamanya.
This space reserved for future notes on the vernacular text selected.